Friday, December 10, 2010

kantoii...padan muke ko setan!!



kantoii.. haha! apa yang korang rasa bila korang mengkantoikan  ex-bf korang  yang macam celaka?? Seronok kan. Jangan bermaen api lah wahai insan yang bernama “lelaki”. Kau boleh maenkan semua perempuan yang kau pernah kenal tapi bukan dengan aku. Kau berlari mengejar yang tak pasti dan aku hanya melihat sejauh mana kehebatan kau untuk sampai ke garisan penamat. Soal hukum menghukum memang bukan terletak pada tangan kita,dan pandai pula kau mengangkat soal agama dalam hal2 sedemikian. Tapi soal solat,soal pegang tgn bukan muhrim,bersentuhan? Ade kau ingat tentang semua tuh.
Aku bukan orang yang paling baek. Aku cuma tukang redha. Tukang berserah.

Tukang sujud. Tukang tadah..

 Lelaki memperkotak katikan perempuan!!. Hey jangan sesekali kau anggap perempuan “gadis bijak yang di sampahkan”.. sekeras-keras hati perempuan dia tak kan nak lihat perempuan laen menangis,mengharap,meroyan pada lelaki tak guna macam kau. Kesal sungguh mengenali insan sebegitu rupa. Tapi aku taw,ALLAH sedang menduga aku. Menduga sama ada aku mampu menghadapi nya atau tidak. Dan aku katakan YA.aku mampu…setelah sebulan aku kementus pikir kan kau.bodoh siot.dah macam orang gila aku rasa aku time tuh. Semua nasihat orang aku tak peduli. Haisy,keje2 gila yang aku buat tuh memang bodoh. Hampeh gila lah. Dan sekarang ada pula yang menikam belakang aku dan sahabat ku. Muka depan memang ayu gila,baik gila tapi pada hakikatnya macam taik. Sanggup menpergunakan kelebihan yang ada pada sahabatku untuk kepentingan diri sendiri. Kenapa baru sekarang kami semua sedar akan permaenan korang ek? Kenapa lah aku xsedar dari dulu. Mungkin ada hint2 yang diberikan tapi time tuh aku hanya pikir “ADE AKU KESAH”..hanya pikirkan “ENJOY” jek time tuh..bullshit!!
Dan sekarang,kau menyalak macam “hanjin”.kau suda menghidu akan kekantoi-an itu.hidung pun dah macam khinzir kot.
Tak guna kau nak maki2 aku setelah kau berbuat demikian. Hey buanglah ayat “arwah atok aku pernah berpesan buat baek berpada2 tuh.buat jahat jgn sekali.tapi aku buat baek,orang dok buat jahat gan aku,ah masak lah ko!”.. ayat tuh xsesuai dengan kau sebab kau yang dok wat pasal dengan orang kot. Aku rasa bersyukur sangat bila aku meninggalkan kau dulu. 1 keputusan yang tepat aku buat. Andai kata aku bersama kau,mesti aku terus kementus dan kedudukan aku hancur. Ye,memang aku sangat MATERIALISTIK tapi bukan mempergunakan orang untuk “support” aku.. aku hanya menggunakan hasil titik peluh aku sendiri. Penyesalan yang sangat mengecewakan. THANKS TO OUR GOD. Dan kau yang sedang menikam belakang aku,hentikan lah lakonan kau dan lelaki tak guna tuh.. kami sudah mengetahui gerak geri korang.. jangan fikir kau dah hebat sangat. Kita berada dalam kedudukan dan pangkat yang sama. Cume keperibadian kita berbeza. Sebab kau adalah kau dan aku adalah aku. Korang semua mungkin ada yang senasib dengan aku. Korang cuba rasakan apa yang aku rasakan. Aku bukan seorang yang pendendam tapi aku agak terasa betapa bodonya aku mengenali insan yang pada mulanya aku sangat menghormati walaupun usia nya muda dari aku,. Lihatlah.kadang-kadang orang yang dari kalangan keluarga yang baek2 xsemestinya dy juga berkelakuan seperti keluarga nya. Dan orang  yang berada dikalangan keluarga yang “jahat” xsemestinya dy juga berkelakuan seperti keluarga nya. Senang cite “dun judge by the b0ok cover.”mungkin pada luaran kulitnya sangat bersih dan sangat suci tapi pada hakikatnya,dalaman penuh dengan kata2 keji. 0oh TUHAN.,aku bersujud syukur bila KAU membuka mataku seluas2nya. KAU buka hatiku untuk kembali ke jalan yang KAU redhai..

**ya ALLAH,aku tidak berhak menghukum seseorang tetapi ya ALLAH,aku mohon kepadamu,berikan lah mereka pertunjuk seperti mana KAU memberikan petunjuk kepadaku.. selamat kan lah mereka dari terus ke arah kemungkaran..aminn..

Korang semua ,aku hanya seorang blogger.. aku bukan mahu membuka pekung di dada atau mahu mebuka ceritera aku sendiri. Aku hanya berkongsi keadaan yang aku rasa segelintir pihak menghadapi.. semoga aku dan sahabat2 yang menghadapi semua benda ini terus tabah dan jalani lah kehidupan kita dan kejarlah impian kita sebelum kita sendiri terlena dengan kata2 manis yang sangat pahit untuk di telan.

Kadang-kadang jiwa memberontak untuk disayangi,dikasihi,di cintai tapi peliss lahhh…bukan untuk FILL IN THE BLANK. Semua tuh nafsu semata2.. Hebat tak hebat kata-kata yang boleh menghancurkan keperibadian seorang perempuan. Totally lost. Para2 pembaca blog sekalian.,1 jek yang aku rasa sangat menyesal di sini,aku menyesal sebab aku termakan dengan kata-kata tersebut dan aku telah membuat pilihan yang salah.. penyesalan tersebut memang aku xleh nk berpatah balik. Benarlah kata orang.”perempuan yang baek hanya untuk lelaki yang baek,dan perempuan yang jahat adelah untuk lelaki yang jahat..”

Dan sekarang…aku terus mengorak langkah aku dengan berlari selajunya..meninggalkan kenangan yang aku sendiri xmaw mengingatinya.. kemaafan belum lagi mahu d’ucapkan..~~


2 comments:

Anonymous said...

yeahhh thats rite...

iamfeeddazzle said...

hahahahaha!...sayer kejam nehh...